Monday, February 4, 2013

RESULT TERUK KENA TENDANG? #MATRIKULASI 3

Assalamualaikum dan hai.
Hari ni aku post pasal Matrikulasi lagi.
Buat SPM leavers. Sapa yg rasa dia dh grown up dari tu, baca lah post len. Yg muda2 baca ja, buat pedoman hidup. Hehehe.

Ado orang tanyo aku, kalo tak lulus kena tendang matrik ka?
Apa ni tendang tendang haa? Hehehe gurau ja.

Ehem, okay aku sirius.

KALAU MASUK MATRIK, TAK LULUS KENA TENDANG KER?
Ni mesti yang tanya ni risau sijil Matrik dah la tak laku kan? Nak kena tendang tendang pulak. Ish2.

Macam ni dik, *cewah* (Emm, bahasakan diri sbgai aku takpa nah?)
Aku ni Program Matrikulasi Satu Tahun. So, aku cita pasal yang satu tahun la na.

        Masuk Matrik Semester 1, akan ada Peperiksaan Semester Peringkat Matrikulasi 1. Waktu ni pulun lah bagi dapat pointer 2.00 ke atas. 2.00 ke atas sahaja dik, sirius tak susah. Kecuali tak study langsung. Bagi aliran sains yang dapat pointer 2.00 ke atas, boleh meneruskan pengajian seperti biasa. Yang, tak berjaya, yang kurang drp 2.00, jangan risau, tak kena buang atau tendang tendang. Tetapi, pelajar yang dpt below 2.00 dipindahkan ke Program Matrikulasi Dua Tahun. So, result Semester 1 (bagi yang ditukarkan kepada Program Dua Tahun) Automatik jadi meaningless. *tak la meaningless sgt. sumbang 10% jer* Bagi aliran akaun, yang dapat bawah 2.00, boleh meneruskan pengajian dengan AMARAN.
Jadi jangan risau. Tak kena tendang pun. Huahua

        Pastu, bila ambil Peperiksaan Semester 2, dan pointer tu macam tak lepas untuk pergi ke universiti. Jangan risau, repeat lah matrik. Nak repeat ni setahun jer. So, boleh lah mcm advance drp diploma lagi. Ko akan jadi senior di Matrik kalau repeat. Huahuuahua. Tapi tak best lah. Semua umur muda setahun, sorang sorang tua. Hehs.

        Kalau tak mau repeat, atau nak keluar Matrik pun takpa, boleh apply diploma lagi. Masuk swasta ka, etc. Peluang terbuka luas lagi dik. Belajar jela. Takpayah pikir nak kena tendang tendang ni. Kalau kita belajar, the word 'tendang' tu tak da punya lah dalam hidup kita.

        Haa, istilah tendang ni hanya layak bila orang tu buat kes besar kat Matrik. Kes bukan bukan lah. Kena tangkap dan kena tendang. See? Jangan lah buat kes, Tak kena tendang,

DAH JADI TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PELAJAR UNTUK BELAJAR. SO, BELAJAR JELAH KAN.

Huhu, faham ke tidak?
Yedok? Aku taip pagi pagi ni tak makan lagi so bahasa aku kurang berbunga. Haha

K, bye. Harap membantu. Ada apa lagi nak tanya?
Salam.

#Entri ni khas untuk Alia Az dan SPM leavers yg lain.


KALAU NAK TANYA BANYAK SILA SILA ADD FB ATAU MCG KAT FB
-Mas Ira Syafila