Saturday, February 2, 2013

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MATRIKULASI

Assalamualaikum dan hai.
Kan tadi aku ada tulis pasal Kolej Matrikulasi Perlis kan?
Aku baru cadang nak cerita lagi pasal KMP tuh, tapi tiba2 ada request suruh tulis sal kebaikan dan keburukan Matrikulasi nih. So, sebagai yang menurut perintah aku tulis lah. Dan ni hanya pendapat aku dan mengikut research aku yang lain.

KEBAIKAN
  • Cepat dan sekejap - Hah, masuk matrik nih memang rasa sekejap ja. Setahun pun tak sampai. Bulan 5 daftar masuk, bulan 12 habis semester 1, hujung bulan 12 daftar semester 2, bulan 4 dah habis lah study kat Matrikulasi. Seriously rasa macam pejam celik pejam celik. Jimat masa study sebab boleh terus ambik degree cepat cepat. Tapi ni untuk matrik setahun la. Matrik dua tahun pun ada tapi aku tak tahu menahu sal ni. Depends result lah. Result SPM elok sikit mcm 4 A keatas insya allah dapat matriks satu tahun.

  • Kaedah pembelajaran seakan sekolah - Hmm bagi aku ni satu kebaikan sebab cikgu push kita lagi. *kat matrik still panggil cikgu okay* So, dalam waktu yg singkat ni kita ada banyak assignment dan cikgu terang balik apa yang kita belajar waktu kuliah. Oh, kat matriks ni kita akan dibahagikan kepada tutoran mengikt kuliah. Tutoran ni macam kelas lah. Lebih kurang ada 20 orang per tutoran so, senang lah cikgu nak ajar sorang sorang. Kiranya kalau lost dalam kuliah tu, dont worry lah. Ada back up. Huehue

  • Penebusan result SPM yang tak gempakz gilerz  Haaa, ni  kalau result SPM macam tak capai target ka, apa ka, nak tebus tu elok lah kat Matrik. Sebab memang belajar macam SPM dik. Cuma lagi sikit. Takpayah nak belajar BM, Sejarah tuh. English dengan P.Agama/Moral wajib ambik tapi tak kira pointer. So, kat Matrik belajar 4 subjek ja. Fokus bagi dapat A, dapat lah 4 flat. Susah? Tak lah susah sangat. Tapi, belajar apa yang senang kan? Usaha tu penting. Aku pun tak lah 4 flat sem 1, tapi result tu, Alhamdulillah, lepas pointer 3.5 lah. Senang gak dapat 3.5 sebab aku bukan jenis hardworking pun. Kekeke

  • Dapat U yang bukan course pilihan - Dunia tak berakhir lagi lah. Ada pilihan lain, Matrik lah jalannya. Masuk Matrik, belajar general. So, nak gapai cita cita yang kita nak tu boleh lagi. Contoh nak jadi Engineer tapi dapat course kat U, course pertanian. Hah, masuk lah Matrik, buat elok elok pastu nanti apply UPU len insya Allah leh terus buat degree engineer.

KEBURUKAN
  • Kalau study boleh buat, tak study habis - Maksudnya di sini, memang kena study ja tiap tiap hari. Stuggle lah. Disebabkan masa singkat, so, lagi singkat masa yang nak kena study. Sebenarnya belajar kat Matrik program satu tahun ni, kita belajar semua sukatan yang sepatutnya kita belajar dalam masa dua tahun. Bayangkan yang dua tahun, compress jadi setahun? Banyak gilerz. Tapi tak lah angker pun. Boleh punya lah!

  • Tak berapa nak praktikal - Hmm yelah, Matrik kan belajar general. So, tak terdedah kepada mana mana alam pekerjaan. Setakat amali dalam lab macam sekolah dulu dulu tu ada lah. Pastu hantar lab report. So, kat Matrik ni, pendedahan kerjaya tu kurang sikit.

  • Sijil Matrikulasi tak laku untuk kerja - Haha, memang. Disebabkan ni fast track untuk dapatkan degree, so sijil Matrik ni tak boleh bawak untuk mintak kerja. Sijil SPM tu lagi laku nak mintak kerja. Macam sijil diploma pun laku jugak untuk kerja. Tapi tengok lah, diploma kan 3 tahun. Mau tak laku nak kena sambung lama lagi. Huhu. TETAPI sijil SPM tak boleh mintak degree manakala sijil Matrik ni boleh terus ambik degree. See? Ada hikmah tuuuu~

Aku budak Matrik program satu tahun, so ni aku tulis berdasarkan pengalaman aku. No offence! Kalau salah jangan ban, tapi tegur secara berhikmah, baru lah lembut hati ni menerima. Ehehe

Okay dah habis. Entri ni khas untuk Shaz dan SPM leavers yang lain.
Makasih naaa membaca.
Tanya banyak banyak dan aku akan jawab lagi banyak daripada tu. Ahaha

Salam, sekian.

KALAU NAK TANYA BANYAK SILA SILA ADD FB ATAU MCG KAT FB
-Mas Ira Syafila